Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar tahfiz yang dipotong kaki akibat dipukul warden asrama akhirnya meninggal dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar tahfiz yang dipotong kaki akibat dipukul warden asrama akhirnya meninggal dunia

JOHOR BAHRU – Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi,11, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.05 petang tadi.

Berita kematian itu disahkan bapa mangsa, Mohd Ghaddafi Mat Karim,43, yang berada bersama keluarga ketika menemani anak lelaki sulungnya itu dengan bacaan doa untuk kesembuhannya.

Allahyarham pelajar 11 tahun itu sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan akibat dipukul pembantu warden.

Kira-kira jam 8 pagi tadi, Mohamad Thaqif Amin dijadualkan melalui proses pembedahan memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman sebelum dilaporkan terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan jantung.

Dia mengalami kemerosotan kesihatan sejak dibawa keluar dari madrasah tahfiz itu, 31 Mac lalu bukan hanya kehilangan kedua-dua belah kakinya, malah dijangkiti kuman di tangan kanan, darah beku di tangan kiri selain sebelum ini kegagalan buah pinggang berfungsi berada dalam tahap kritikal yang ditempatkan di Wad Dependensi Tinggi, Hospital Sultan Ismail, di sini. Al-Fatihah

Sumber :
– http://ift.tt/1bq4zcn

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pkkvff

✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.