Hi! Welcome Back and Stay Tune! AMANAT TERAKHIR NIK ABDUH PADA PEMUDA PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AMANAT TERAKHIR NIK ABDUH PADA PEMUDA PAS

ALOR SETAR – Bekas Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyampaikan amanat terakhir beliau sewaktu ucapan penggulungan perbahasan Dewan Pemuda Pas di Kompleks Sarang Semut.

Menurutnya, kekuatan utama Pas adalah berdasarkan kekuatan akar umbinya yang cintakan agama.

“Kekuatan Pas adalah kerana akar umbinya yang begitu cintakan agamanya. Namun tidak dilupakan juga para ulamak dan juga pemimpin yang ada dalam parti ini.

“Bagaimanapun, dua tahun lalu kita menyaksikan kelemahan pemimpin apabila ada yang bertindak keluar daripada parti.
“Ketika inilah, kekuatan akar umbi dan para ulamak menjadi tunjang utama Pas,” katanya.

Terdahulu, Pemuda Pas mengisytiharkan Anak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil memegang jawatan Ketua Dewan Pemuda yang baru.

Sementara itu, Nik Abduh sempat menyatakan rasa terkilannya dengan kekurangan pencalonan kepimpinan baru tahun ini.

“Kalau masing-masing tarik diri, maka kuranglah demokrasi dan calon yang layak bertanding pula tidak diketengahkan.

“Saya harap ini tidak menjadi amalan berterusan dan untuk pencalonan akan datang, sekurang-kurangnya ada 20 orang calon,” tambahnya.

Beliau bagaimanapun menyatakan penghargaannya kepada semua selama dia memegang tampuk kepimpinan.

“Terima kasih kepada semua dan harap semua jentera penyokong akan terus menyokong perjuangan ini serta tidak dirosakkan dengan anasir jahat,” katanya lagi.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2puqSg3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.