Video: Robot Wanita Gagal Wawancara TV Dihantar ‘Bersekolah’ Semula
Satu robot dihantar balik ke ‘sekolah’ selepas ia terlupa di mana Tembok Besar China terletak.
HEBEI – Satu robot dihantar balik ke ‘sekolah’ selepas ia terlupa di mana Tembok Besar China terletak.
Robot yang dicipta untuk boleh bercakap, Jia Jia, tergagap ketika diwawancara dalam bahasa Inggeris menerusi televisyen secara langsung.
Jia Jia ‘terlupa’ perkataan dan frasa asas dalam wawancara dengan wartawan Amerika Syarikat, Kevin Kelly.
Kelly, pengasas bersama majalah teknologi ‘Wired’ melakukan wawancara itu menerusi Sykpe dari Universiti Sains dan Teknologi China di Hefei.
Bagaimanapun, Jia Jia yang dipakaikan rambut palsu dan pakaian tradisional gagal bertindak balas terhadap soalan mengenai jumlah huruf dalam abjad Inggeris.
Dan apabila di tanya di mana terletaknya Tembok Besar China, ia tergagap sebelum berkata ‘China.’
Kelly, pakar robotik dan kecerdikan buatan juga bertanya robot itu mengenai sama ada ia boleh memberitahu sesuatu mengenainya.
Jawapannya merepek-repek.
Penyelidik di Universiti Hefei menghabiskan masa kira-kira tiga tahun untuk menghasilkan Jia Jia dalam usaha untuk membolehkan dia berinteraksi dengan manusia dan juga memahami bahasa.
Ketua penyelidik Chen Xiaoping berkata, soalan yang ditanya kepada Jia Jia amat mencabar.
Bagaimanapun, pemerhati yang menyaksikan wawancara itu menyuarakan kekecewaan. – Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oSWDeC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment