Hi! Welcome Back and Stay Tune! MALAPETAKA 1MDB RANGSANGAN TERBAIK KE ARAH PERUBAHAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MALAPETAKA 1MDB RANGSANGAN TERBAIK KE ARAH PERUBAHAN

Dalam kita meluangkan banyak masa menyaksikan pelbagai berita yang muncul di Muktamar Pas kali ini, daripada usul putus hubungan dengan PKR, jeritan “Jahanam Amanah” hinggalah kepada Selena Gomez pun disebut namanya, kita seharusnya tidak lupa tentang skandal 1MDB yang boleh dikata suatu malapetaka besar kepada negara.

Secara realitinya, isu 1MDB tidak akan padam selagi pengkhianat-pengkhianatnya tidak dibawa ke muka pengadilan, tetapi dalam masa yang sama rakyat akan cuba dikesampingkan atau dilalaikan daripada membicarakan, apatah lagi mengingatinya.

Sementara satu demi satu perkembangan baru muncul  mutakhir ini yang menyerlahkan hakikat bahawa lagi banyak mahu ditutup, lagi banyak benda baru yang timbul, peranan kita yang sebaiknya ialah terus menyedarkan seberapa boleh dan tanpa henti kepada rakyat tentang hakikat sebenar buruknya 1MDB itu.

Untuk itu, saya kongsikan kembali di blog ini beberapa coretan yang saya paparkan di dinding FB dalam sehari dua ini mengenai perkara terbaru yang muncul berkaitan1MDB itu.

Dalam masa yang sama, munculnya isu-isu terbaru tentang 1MDB itu dan dicampur dengan pelbagai perkara lama, di Malaysia serta di Amerika Syarikat, United Kingdom, Switzerland, Hong Kong, Luxembourg, Australia, Scotland dan terbaru Italy, hakikatnya syarikat pelaburan itu adalah ciptaan yang benar-benar memalukan kita.

Mudah-mudahan juga lebih menginsafi betapa kita sebagai pembayar cukai, sebenarnya sentiasa atau setidak-tidaknya banyak sekali, dicurangi oleh mereka yang bergelar pemimpin.

Tetapi, selagi namanya demokrasi, kita bukan saja boleh menaikkan pemimpin ke mercu kuasa atau setelah mereka menjadi pemimpin, menyaksikan kecurangan itu berlaku, sebaliknya  juga mampu menurunkan mereka.

Bersama 1MDB yang merupakan suatu malapetaka itu,  tugas utama kita dalam pilihanraya akan datang nanti ialah memberi pengajaran kepada sesiapa yang bergelar penguasa agar tidak sewenangnya  berbuat apa yang mereka suka.

Pemimpin akan jadi baik dan takut berbuat salah kiranya mereka tahu kita boleh dan mudah menjatuhkan mereka melalui peti undi dalam pilihanraya.

Permulaan suatu era baru untuk menunjukkan kuasa rakyat yang sebenar mesti dimulakan pada PRU 14 mendatang dan 1MDB adalah rangsangan terbaik ke arah itu.

Jika tidak, sampai bila-bila pun, kemudian diwarisi oleh anak cucu, kita akan terus dikhianati oleh pemimpin-pemimpin atas nama kuasa yang mereka ada.

http://ift.tt/1Ka9Gf1

.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qigGVS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.