Kacang Tumbuh Dalam Telinga Budak Berusia 6 Tahun
Seorang budak lelaki berusia enam tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas sebutir kacang tersangkut di dalam telinganya tanpa disedari,
Beijing – Seorang budak lelaki berusia enam tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas sebutir kacang tersangkut di dalam telinganya tanpa disedari, malah sudah bercambah sebelum berjaya dikeluarkan.
Kacang itu ditemui ibunya, dikenali sebagai Peng, ketika cuba membersihkan telinga kanak-kanak itu, Haohao, pada 24 April lalu.
Doktor mengesahkan butiran di dalam telinga Haohao memang kacang yang sudah bercambah di dalam saluran telinganya.
Pakar telinga, hidung dan tekak Dr Zhang Xiao Chun berkata, dia terkejut melihat kacang berkenaan jauh di dalam rongga telinga kanak-kanak itu.
“Mungkin ia termasuk ke dalam telinganya tanpa disedari ketika Haohao bermain pasir atau mungkin juga rakannya memasukkannya ke situ tanpa disedarinya,” katanya.
Menurutnya, kacang itu berjaya dikeluarkan selepas pembedahan selama 30 minit.
Dr Zhang berkata, keadaan suhu di dalam telinga sekitar 37 darjah Celsius dan lembap amat sesuai untuk pembesaran kacang.
Haohao kini semakin pulih dan akan dibenarkan pulang dalam masa beberapa hari.-Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pfRvVi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment