Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Mengaku Tiduri Pelajar Berusia 15 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Mengaku Tiduri Pelajar Berusia 15 Tahun

Seorang guru, Tad Cummins yang dituduh ‘menculik’ pelajarnya berusia 15 tahun, mengaku kepada isterinya bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan gadis tersebut.

TENNESSEE – AMERIKA SYARIKAT. Seorang guru, Tad Cummins yang dituduh ‘menculik’ pelajarnya berusia 15 tahun, mengaku kepada isterinya bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan gadis tersebut.

Memetik laporan New York Post, perkara menjijikkan itu didedahkan isterinya, Jill selepas satu perbualan telefon dengan suaminya di penjara sejurus selepas penahanan lelaki terbabit pada 20 April lalu.

“Saya bertanyakan kepada suami saya, adakah awak tidur dengan gadis terbabit? Dia menjawab…Ya,” katanya.

Jill memfailkan perceraiannya bulan lalu selepas bekas suaminya itu menghilangkan diri bersama gadis terbabit.

Kehilangan mereka menyebabkan pencarian besar-besaran di seluruh negara, sebelum pasangan terbabit muncul di sebuah pekan kecil berhampiran Utara California.

Ekoran itu, Tad ditahan atas dakwaan menculik dan jika disabit salah akan berdepan hukuman penjara 10 tahun.-Sinar


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oSP1sH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.