Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ribut Di Muktamar PAS 2017 : 19 Cedera, Seorang Zon Merah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ribut Di Muktamar PAS 2017 : 19 Cedera, Seorang Zon Merah




Sembilan belas orang cedera dalam kejadian ribut di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, di sini, sempena Muktamar Tahunan PAS ke-63 hari ini.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kedah Penguasa Bomba Mohd Naim Mat Jaaffar berkata, seramai 13 mangsa terdiri tujuh lelaki dan enam wanita yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Menurutnya, seorang wanita menerima rawatan di Zon Merah selepas tidak sedarkan diri, sembilan dirawat di Zon Kuning dan tiga di Zon Hijau.

"Sementara enam orang yang mengalami cedera ringan dirawat di lokasi kejadian sebelum dibenarkan pulang.

"Kami menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.43 malam dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dikejarkan ke lokasi kejadian membabitkan dua pegawai dan 10 anggota bomba.

"Ketika kejadian dianggarkan 3,000 orang berada di lokasi kejadian dan mendapati satu khemah separuh bulan bersaiz 24 meter x 30 meter runtuh dibadai ribut," katanya.

Difahamkan lebih 20 gerai mengalami kerosakan akibat kejadian itu.

Setakat ini identiti mangsa masih belum didedahkan.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oJw1BR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.