Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Ya, Saya Janda Gila Glamor’ - Elly Mazlein - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Ya, Saya Janda Gila Glamor’ - Elly Mazlein

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein tidak kisah kritikan negatif yang dilemparkan kepadanya oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein tidak kisah kritikan negatif yang dilemparkan kepadanya oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Malah Elly turut mengiyakan sahaja tanggapan itu kerana enggan mengulas lanjut mengenai kritikan tersebut.

“Bila ada pihak yang memberikan kejian serta kritikan yang tidak membina, saya jadi malas. Ada yang mengatakan saya suka menjaja cerita sama sahaja, saya hanya mengiyakan sahaja.

“Bila ada pihak yang mengatakan saya sebagai janda gila glamor, saya pun mengiyakan sahaja. Bagi saya, mengiyakan apa yang mereka kata lebih mudah. Saya tak mahu komen dengan lebih lanjut.

“Apa yang penting, saya kini mahu menumpukan sepenuh fokus dalam karier dan mencari rezeki untuk anak dan bapa saya. Alhamdulillah, perkembangan karier saya semakin bagus selepas saya menyertai Gegar Vaganza,” katanya, lapor Astro Gempak.

Memberikan fokus kepada dunia nyanyian, Elly juga tidak melupakan terus bidang lakonan.

“Syukur kerana jadual persembahan nyanyian saya kini padat. Bukannya saya enggan berlakon dalam drama bersiri, tetapi jadual penggamaran selalu bercanggah.

“Selepas munculnya single terbaru saya bersama KRU Music yang berjudul Jeritan Hati, saya mahu memberikan fokus kepada bidang nyanyian kerana ini merupakan cinta pertama saya.

“Namun begitu, jika ada tawaran telefilem atau drama bersiri yang bersesuaian dengan jadual, apa salahnya jika saya terima,” katanya lagi.-Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pguv8H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.