'Mak Mertua Tak Bagi Main Dan Peluk Teddy Bear Takut Anak Dalam Perut Tak Sempurna'
Pertanyaan ini melibatkan pantang larang semasa mengandung. Saya sedang hamil anak pertama 9 weeks, ramai orang pesan pada saya untuk tempoh awal hamil ni kena jaga betul2 sebab janin masih lagi belum bersifat kan.
"Dapat Hadiah Teddy Bear"
Semalam birthday saya, so suami saya belikan hadiah patung teddy bear, Saya happy sangat sebab tak pernah dapat hadiah besar2, bila saya dapat hadiah teddy bear tuh saya cium peluk peluk lh siap buat status di whatsapp lagi , dan tiba tiba suami saya teringat orang mengadung tak boleh main dengan benda benda macam ni.
Tapi dia senyap je lah pikir yang positif, masa saya tengah bergembira dengan hadiah tuh saya dapat whatsaap dari kak ipar saya dia bagi peringatan jangan main2 sentuh dan peluk teddy bear tuh saya pelik lah kenapa kan iri hati ke macam mana.
"Bertengkar Dengan Suami"
Dalam masa yang sama mak mertua saya call suami saya marah2 cakap tak elok tak bagi saya main dengan benda tu sebab ank belum bersifat lagi takut nanti anak lahir tak sempurna wallahualam.
Saya dan suami malam tuh sampai bertengkar sebab dia bengang dengan saya .. Yelah saya cuma cakap " buat ape nak percya ini semua kejadian tuhan, kalau tuhan nak bagi tuhan bagi jew ,, kita tak boleh percaya 100% benda ni khurafat saya cuma nak buat bantal masa tidor je bukan buat kawan berckap ke ape, saya masih waras ingat ank dalam perut fikir yang elok2 dah lh"
Suami saya tengking saya dia cakap saya degil keras kepala tak nak ikut pantang larang orang tua lepas tuh dia cakap kalau jadi apa2 dia tak nak bertanggungjawab.. Suami saya laju2 rampas teddy bear tuh buang.. Saya menangis tak henti2 terasa hati dengan dia. Yelah di hari jadi saya tiba2 suami buat macam tuh.
Tapi lepas dari itu suami saya minta maaf dia cuma nak terbaik buat saya.. Saya redha jew lh teddy bear baru beli baru dapat baru peluk kejap kena buang. Jangan kecam saya, saya bukan tak nak dengar nasihat orang tua tapi bila kita dapat hadiah secara automatik jadi suka kan.. Dan bila hadiah tuh jadi isu dan kena rampas sekelip mata apa perasaan..
Persoalan saya disini: Betul ke pantang larang masa hamil ni tak boleh nak pegang sentuh anak patung walau niat nk buat tidor?
Sebab, saya tanya mak, nenek belah saya diorang pun tak tahu, sebab zaman dulu mana ada benda ni kan.. Tapi patang larang ni wujud pulak belah mak mertua saya .. Ermm.
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oIpSFM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment