Hi! Welcome Back and Stay Tune! MAAF PPBM, PAS TAK SUDI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MAAF PPBM, PAS TAK SUDI

ALOR SETAR: PAS akhirnya membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun sebelum ini kedua-dua pihak dikatakan berhasrat membentuk pakatan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kata putus itu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan PPBM sebagai parti tanpa hala tuju dan tidak tentu arah.

“Kita pun tidak tahu siapa pemimpin (PPBM), siapa imam dan siapa makmum kerana mereka berlumba-lumba untuk membuat kenyataan.

“Oleh itu kita memutuskan bahawa PAS tidak akan mempunyai hubungan dengan parti itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di sini pada Sabtu.

 Sementara itu, mengulas tentang desakan PKR untuk memutuskan tahaluf siaysi dengan PAS, Abdul Hadi berkata:”Kita parti yang sabar. Kita tidak boleh layan parti yang tidak sabar.”

Bagaimanapun mengulas sama ada peluang untuk memutuskan hubungan dengan PKR yang mendapat sokongan Dewan Pemuda PAS, Dewan Muslimat PAS dan Dewan Ulama PAS, Abdul Hadi berkata, beliau tidak boleh membuat ramalan tentang keputusan tersebut yang bergantung kepada Majlis Syura.

“Kita tidak boleh membuat ramalan dalam Islam walaupun ramalan itu tepat.

“Tetapi itu (tahaluf siyasi) akan dikaji dari masa ke semasa, jika bercanggah dengan syarat dan moral, maka tindakan lanjut akan dibuat,” katanya,

MSTAR

.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oIkvXr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.