Western Digital Mengumumkan Cakera Keras 12TB HGST Ultrastar He¹²
Untuk memastikan kepantasan komputer, cakera SSD menjadi pilihan pengguna. Tetapi storan SSD masih lagi mempunyai kapasiti yang kecil berbanding cakera keras. Pihak Western Digital telah mengumumkan penghasilan cakera keras terbaru mereka HGST Ultrastar He¹² dengan kapasiti 12 Terabyte.
Cakera keras yang berteknologi HelioSeal ini mempunyai lapan platter dengan kelajuan pemindahan data 255 MB/s. Pada waktu yang sama kadar pengguna kuasa juga dapat dikurangkan kepada 7.2W ketika aktif dan 5.3W ketika tidak aktif. Cakera keras 7200 RPM ini turut mempunyai jangka hayat sehingga 2.5 Juta jam. Tiada maklumat mengenai harga setakat ini. Pihak Western Digital kini ingin menghasilkan cakera keras dengan kapasiti 16 Terabyte pada separuh pertama 2018.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pI7hdc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment