Hi! Welcome Back and Stay Tune! HINDRAF LOBI PBB UNTUK BATAL STATUS PR ZAKIR NAIK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HINDRAF LOBI PBB UNTUK BATAL STATUS PR ZAKIR NAIK

Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf) telah menulis kepada Jawatankuasa Memerangi Keganasan Majlis Keselamatan PBB (CTC) bagi menasihati Malaysia membatalkan status Pemastautin Tetap (PR) kepada pendakwah dari India, Zakir Naik berhubung kebimbangan kaitannya dengan pengganas.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam surat kepada pengerusi CTC Amr Abdellatif Aboulatta di ibu pejabat PBB di New York, menyampaikan aduan mereka berhubung kehadiran pendakwah kontroversi itu dan aktivitinya di Malaysia.

Waythamoorthy berkata Malaysia adalah anggota CTC dan oleh itu harus dimaklumkan mengenai “bahaya” yang dipercayai ditimbulkan Zakir.

“Kami agak bimbang dengan karektor seperti Zakir Naik yang sewenang-wenangnya dibenar bergerak secara bebas, menggalakkan permusuhan antara kumpulan yang berbeza atas alasan agama, bangsa, puak dan melakukan tindakan memudaratkan keharmonian kami di Malaysia.

“Kami menulis ke pejabat anda dengan harapan bahawa anda boleh menangani isu ini dengan wakil Malaysia yang duduk di CTC bagi memberi amaran pada kebimbangan rakyat Malaysia dan kerosakan jangka panjang sama ada langsung dan tidak langsung, domestik dan antarabangsa,” tulis Waythamoorthy.

Beliau berkata lebih-lebih lagi kerana Zakir tidak bersedia untuk kembali ke India bagi menghadapi tuduhan dan spekulasi bahawa pendakwah itu beralih operasinya ke Malaysia.

Status PR Zakir di Malaysia telah mencetuskan kemarahan sesetengah pihak, terutamanya orang bukan Islam, yang tersinggung dengan ceramahnya.

Hindraf terperangkap dalam perang mulut minggu lalu dengan salah seorang penyokong Zakir – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, selepas beliau menulis puisi mempertahankan status PR pendakwah itu.

MKINI

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oIymwA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.