Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pas Kini Sudah Bebas Untuk Perjuangkan Islam Dan Bukan Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pas Kini Sudah Bebas Untuk Perjuangkan Islam Dan Bukan Islam




Ucapan dasar yang disampaikan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai isyarat untuk memberitahu bahawa parti berkenaan kini telah bebas dari pengaruh pihak lain.

Antara yang berpendapat demikian ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali yang menyatakan, Pas yang kini dilihat lebih banyak menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan diyakini dapat memperjuangkan Islam dengan lebih bebas tanpa campur tangan pihak lain.

"Inilah yang umat Islam mahukan iaitu sebuah parti yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mampu memperjuangkan isu-isu mengenai Islam dan orang Melayu," kata beliau kepada Utusan Online ketika diminta untuk memberikan komen terhadap ucapan Presiden Pas berkenaan.

Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula menganggap ucapan yang disampaikan Abdul Hadi sebagai satu kenyataan negarawan kerana ia menerangkan hala tuju perjuangan Pas yang meliputi setiap lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama.

"Ucapan beliau menunjukkan hasrat Pas yang mahu menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang ditadbir berlandaskan syariah Islam tetapi dalam masa sama turut menjaga kepentingan bukan Islam," kata beliau.

Bagi Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Selangor, Datuk K. Deepakaran pula, tarikan utama ucapan dasar Abdul Hadi itu ialah penekanan terhadap perlaksanaan dasar Islam adil untuk semua.

"Perjuangan Pas adalah berdasarkan konsep Islam untuk semua seperti yang dinyatakan di dalam Al Quran dan parti itu benar-benar melaksanakannya, itulah yang saya rasakan menarik dalam ucapan dasar presiden," jelas beliau.

Abdul Hadi menyampaikan ucapan berkenaan ketika merasmikan Muktamar Tahunan Pas Ke-63 yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah hari ini. - UTUSAN ONLINE

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oID0e4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.