Hi! Welcome Back and Stay Tune! Annuar nafi terlibat proses rundingan UniKL, PMB, The Red Warriors - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Annuar nafi terlibat proses rundingan UniKL, PMB, The Red Warriors

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak terlibat dalam rundingan pembelian pakej komersial membabitkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pelaburan Mara Bhd (PMB) dengan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Annuar, yang dinasihatkan bercuti sebagai Pengerusi Mara dan PMB sejak Januari lepas berkata keputusan pembelian pakej komersial sebanyak RM500,000 oleh UniKL dan RM200,000 oleh PMB dibuat di peringkat pentadbiran tanpa merujuk kepadanya.

"Proses rundingan dijalankan secara komersial tanpa melibatkan saya. Saya tidak pernah mengarah sesiapa pun untuk menggunakan dana tersebut.

"Dakwaan saya paksa guna duit dana pendidikan Mara untuk bantu pasukan bola Kelantan, itu fitnah totok," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan berhubung beberapa isu agensi berkenaan kepada Audit Dalaman Mara, di Ibu Pejabat Mara, di sini hari ini.

Beliau berkata sesi memberi keterangan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Mara, Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin itu bermula pada 11 pagi dan berlangsung selama satu jam.

Katanya, malahan nilai pakej komersial terhadap TRW yang dibeli oleh UniKL dan PMB jauh lebih rendah berbanding nilai yang dikenakan terhadap syarikat lain. --BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q0Q9yY

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.