Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hunny Madu tiada masalah dilabel artis urban - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hunny Madu tiada masalah dilabel artis urban

Meskipun dilabel sebagai artis urban yang hanya mempunyai kelompok peminat yang tersendiri, penyanyi dan pengacara Hunny tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai sesuatu yang membebankan dirinya.

“Saya sebenarnya tidak pernah ambil pusing soal itu kerana itu hanya tanggapan sesetengah orang, sedangkan saya berkongsi muzik saya dengan semua khalayak peminat.

“Saya diberi peluang dekati pelbagai kelompok tidak kira dari kalangan peminat Melayu mahupun bukan Melayu dan ia semestinya memberikan pelbagai pengalaman buat saya sebagai penyanyi.

“Bagi saya tidak kiralah urban atau sebaliknya, semua orang boleh cari ruang terbaik kerana masing-masing ada kelebihan sendiri untuk diketengahkan,” tegasnya yang bakal tampil dengan single terbaru tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, bekas penyampai radio Fly FM ini juga semakin aktif dalam bidang perniagaan menerusi studio muzik miliknya, HM Studio dan Madu Cosmatics yang baru sahaja dilancarkan Selasa lalu.

“Alhamdulillah saya baru saya melancarkan studio muzik di mana saya sediakan ruang dan kelengkapan studio untuk sesiapa sahaja berminat guna khidmat kami dan ia telah beroperasi sepenuhnya semenjak Januari lalu.

“Semenjak beroperasi, studio ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan di mana selain saya, ramai antara rakan-rakan artis yang turut membuat rakaman di sini termasuk Najwa Mahiaddin dan SonaOne.

“Sementara untuk Madu Cosmatics yang menampilkan produk gincu bibir, ia telah dimulakan sejak Disember tahun lalu dan buat masa ini ia hanya boleh didapati secara online sahaja,” katanya.

Menurut Hunny lagi, hasrat untuk terlibat dalam bidang perniagaan telah lama ada dalam dirinya, cuma sebelum ini dia belum bersedia kerana sedar diri belum mempunyai cukup pengalaman dalam bidang ini.

“Sebenarnya dalam 4 hingga 5 lalu saya terfikir malah merancang terlibat dalam bidang perniagaan, tetapi ketika itu saya tidak mempunyai ilmu langsung dalam bidang ini, apatah lagi pengalaman.

“Lebih baik saya belajar dulu mana yang patut dan buat secara peringkat demi peringkat, malah mengambil sedikit masa kerana perniagaan bukanlah sesuatu yang kita boleh ambil mudah.

“Jadi apabila sudah ada sedikit ilmu, barulah saya berani untuk memulakan perniagaan, malah untuk memudahkan saya memilih jenis perniagaan yang dekat dengan saya iaitu kosmatik dan studio muzik,” akuinya

The post Hunny Madu tiada masalah dilabel artis urban appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2peRyAU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.