Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menteri pertahanan, ketua tentera Afghanistan letak jawatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menteri pertahanan, ketua tentera Afghanistan letak jawatan

KABUL: Presiden Afghanistan Ashraf Ghani menerima peletakan jawatan menteri pertahanan dan ketua tenteranya pada Isnin, selepas serangan Taliban paling dahsyat terhadap sebuah pangkalan tentera pada Jumaat, menurut pejabat presiden.

"Menteri Pertahanan Abdullah Habibi dan Panglima Tentera Qadam Shah Shahim meletak jawatan berkuatkuasa serta merta," istana presiden mengumumkan melalui akaun Twitter.

Shah Hussain Murtazawi, pemangku jurucakap Ashraf Ghani, memberitahu Reuters peletakan jawatan itu adalah kerana serangan tiga hari lepas ke atas sebuah pangkalan tentera utama di bandar Mazar-i-Sharif.

Pada Jumaat, kira-kira 140 tentera Afghanistan terbunuh dalam serangan militan Taliban yang menyamar askar dengan memakai pakaian seragam tentera.

Kira-kira 10 militan Taliban yang mengenakan pakaian seragam tentera Afghanistan dan memandu kenderaan tentera, dilaporkan memasuki pangkalan tentera di bandar berkenaan dan melepaskan tembakan, menyasarkan askar yang sedang makan dan meninggalkan masjid selepas solat Jumaat.

Ashraf Ghani mengisytiharkan Ahad sebagai hari berkabung dan mengarahkan bendera dikibar separuh tiang.

Pada Isnin, sekumpulan kecil penunjuk perasaan berkumpul di luar istana presiden di Kabul menuntut peletakan jawatan pegawai pertahanan tertinggi Afghanistan susulan serangan itu.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oEeNSk

? Sumber Pautan : ? Siakap Keli News


(????)? Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk ?? Like & ?? Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.