Hi! Welcome Back and Stay Tune! Obama tarik perhatian dalam kemunculan pertama selepas tinggalkan White House - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Obama tarik perhatian dalam kemunculan pertama selepas tinggalkan White House

CHICAGO: Barack Obama, yang membuat kemunculan awam yang pertama sejak meninggalkan White House, pada Isnin, menggesa golongan muda untuk lebih melibatkan diri dalam komuniti mereka terutamanya dalam keadaan politik yang mencabar.

Walau bagaimanapun, Obama tidak memberikan sebarang ulasan mengenai penggantinya, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

"Apa yang telah berlaku selepas saya pergi?” bekas Presiden Demokratik itu bertanya secara berseloroh semasa satu acara dilangsungkan di University of Chicago, tempat beliau memulakan kerjaya politiknya.

Obama, yang pernah mengajar undang-undang perlembagaan di universiti tersebut, memberi ucapan mengenai kisah beliau memulakan kerjaya sebagai penganjur program masyarakat di bandar itu.

Jelas Obama, beliau telah mangambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan golongan muda melibatkan diri dalam komuniti mereka, selepas tempoh beliau menjadi presiden tamat.

Obama, telah menghabiskan sebahagian besarnya daripada kehidupannya selepas tempoh presidennya tamat, di luar mata awam.

Sepanjang kehadirannya dalam acara tersebut, Obama langsung tidak ditanya mengenai Trump dan beliau juga tidak mengambil soalan dari wartawan.

Obama berkata, ia telah lama menjadi matlamatnya untuk merapatkan jurang politik dalam negara itu.

"Ia adalah sukar untuk mencari titik persamaan kerana politik wang,” katanya.

Obama berkata, perubahan dalam cara orang menggunakan media membolehkan mereka bertutur hanya dengan mereka yang bersetuju pandangan mereka.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oqs9Wf

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.