Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengarah kanan Yapeim direman 5 hari kes pecah amanah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengarah kanan Yapeim direman 5 hari kes pecah amanah

PUTRAJAYA: Seorang pengarah kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pecah amanah.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan suspek direman selepas mendengar permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut jurucakap SPRM, pengarah itu ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini.

Lelaki berkenaan yang berpakaian lokap jingga dibawa ke Mahkamah Putrajaya di sini kira-kira 9 pagi ini untuk permohonan reman SPRM itu.

Pengarah berumur 47 tahun itu ditahan kerana dipercayai terbabit pecah amanah melibatkan wang sejumlah RM223,000.

Dia disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

-- BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2outfA0

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.