Hi! Welcome Back and Stay Tune! RAJA BOMOH MALAYSIA MENGAKU RITUAL YANG DI BUAT ADALAH LAKONAN SEMATA MATA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RAJA BOMOH MALAYSIA MENGAKU RITUAL YANG DI BUAT ADALAH LAKONAN SEMATA MATA

RAJA BOMOH MALAYSIA MENGAKU RITUAL YANG DI BUAT ADALAH LAKONAN SEMATA MATA. Semalam sebab TV9 polkadot tahap teruk so aku tengok je berita TV3. Tak kisah berita 3 suku ke berapa suku.. Tengok je la kan. Yang mana kita rasa boleh percaya.. percaya je la. Yang mana rasanya macam nampak sangat berita bodek tu.. anggap la macam rancangan projek meja yang lawak semata mata tak ada apa2 yang perlu kita ambil serius.

Ibrahim Mat Zin @ Raja Bomoh

Sempat jugak la tengok berita pasal Raja Bomoh atau namanya Ibrahim Mat Zin yang membuat pengakuan bersalah & insaf di sidang media. Katanya.. selama ni dia dok buat ritual pelik2 guna teropong buluh la.. buah kelapa bagai tu sekadar drama atau lakonan semata mata. Tak ada apapun dia nampak atau berlaku dalam ritual tersebut. Menurut dia..Benda tu di arahkan seseorang yang dia tak boleh bagitau siapa. Ye ke pakcik? Sampai bergaduh dengan KJ nak bagi penampar buaya bagai haritu.. Hanya kerana drama seram dok buat ritual merapu tu jer ke? Siapakah insan yang mengarahkan dia buat macam tu gamaknya.. Yang ni memang misteri nusantara. Kita kena terjah untuk merungkai kebenaran hehehehe.. Naz Ahmad your turn katanya hahahahaha


Hope pengakuan Insaf tu bukan drama sebab dia di kenakan pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina. Tapi harap betul - betul insaf la. Merapu macam tu bukan je memalukan keturunan malah memalukan bangsa & agama. Seluruh dunia tengok gelagat dia & mempersendakan negara & agama.


Elok la pakcik umur pun dah 66 tahun.. sedang elok duduk rumah berehat, beribadat & layan anak cucu je. Bukan masa pakcik nak berdrama macam tu lagi. Kalau rasa nak berlakon pakcik boleh try tanya David Teo.. Yang macam pakcik ni memang dia suka sangat la ambil berlakon dalam filem seram dia. Untung jadi superstar.. Pakcik buat la ritual apapun confirm tak ada sapa nak mempersendakan atau marah sebab orang tahu hanya lakonan semata mata.

 

Kalau orang dah merendah diri minta maaf.. Tak elok kita nak mempersoalkan itu ini kan cuma kita berdoa je la supaya dia tak kembali ke karier dia sebagai acah acah bomoh. Manatau lepas letak jawatan raja bomoh dia jadi guru ngaji pulak.. sapa tau sebab tak mustahil. So kita doa yang baik baik je la yer.. Setiap orang berhak mendapat kemaafan & peluang. Siapa kita nak menidakkan hak tu untuk pakcik Ibrahim Mat Zin ni.. 

Moral of the story.. Semoga apa berlaku kita jadikan pengajaran. Pengajaran dia kat sini bukan je jangan jadi bomoh olok - olok tapi jangan percaya sangat bomoh sebab ramai yang olok olok nak duit hangpa ja. heheheheUntuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pxHCE0

✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.