Hi! Welcome Back and Stay Tune! wanita yang mengalami penyakit buah pinggang dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi - Doktor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

wanita yang mengalami penyakit buah pinggang dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi - Doktor

PESAKIT BUAH PINGGAN HAMIL DENGAN RISIKO

“Assalamu alaikum doctor. Saya adalah pesakit sakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan hemodialisis 2 kali seminggu. Baru-baru ini saya disahkan hamil. Apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan? Mohon pencerahan” 


WA ALAIKUM MUS SALAM.

Saya merasa kagum dengan kekuasaan ALLAH kerana ramai wanita yang sihat tetapi tidak mampu untuk hamil, sementara puan puan mengalami penyakit buah pinggang dan dianugerahkan kehamilan pula. 

ALLAHU AKBAR !!.
Sebenarnya wanita yang mengalami penyakit buah pinggang dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi, boleh melibatkan keselamatan wanita yang hamil dan bayi yang berada dalam rahemnya.

Berapa besar risiko ini bergantung kepada punca kerosakan buah pinggang, tahap kerosakan buahpinggang, tahap kawalan penyakit darah tinggi yang datang bersama penyakit buah pinggang itu, dan berapa banyak kuantiti protin dalam air kencing. 

Jika doctor yang memeriksa mendapati bahawa fungsi buah pinggang puan merosot dengan banyaknya, bermakna keupayaan untuk meneruskan kehamilan juga merosot sama.

Kegagalan buah pingang yang serius apabila tahap creatinine melebihi 250umol/L.

Apa yang dibimbangi ialah risiko yang bakal puan alami iaitu:

1. Kerosakan buah pinggang yang semakin tenat. Ini dapat dikesan jika air kencing puan mempunyai kandungan protein yang banyak dan puan mengalami tekanan darah yang tidak terkawal.
2. Masalah sawan dan eclampsia
3. Masalah pembekuan darah dalam saluran darah
4. Jangkitan kuman dalam air kencing.

Bayi dalam rahem pula boleh mengalami risiko seperti:
1. Keguguran dan kelahiran pramatang
2. Pertumbuhan fizikal bayi terbantut dalam rahem
3. Bayi boleh meninggal dunia dalam rahem.


Oleh itu selalunya doctor tidak menasihatkan puan untuk hamil. Ini kerana dalam banyak kajian mendapati bahawa kehamilan akan menyebabkan keadaan buah pinggang dan pesakit bertambah tenat dan selalunya kelahiran pramatang dan bayi yang kecil saiznya dilahirkan.

Namun jika puan telah hamil, saya pasti puan memerlukan pengawasan dari doctor pakar obstetric untuk memantau keadaan buah pinggang, tekanan darah, jangkitan kuman, dan kekurangan darah (anemia).

sumber  Dr Zubaidi Hj Ahmad

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qfHl8A

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.