Iqram Dinzly Mengaku Pergi Kelab Pakai Serban
JIKA sebelum ini nama Iqram Dinzly hangat diperkatakan disebabkan tindakannya memarkir kenderaan yang menghalang lalu lintas, terbaharu dia dikatakan tampil ke sebuah kelab malam di pulau peranginan terkenal dengan memakai serban.
Berita mengenai perkara itu dimuatkan menerusi ruangan hiburan sebuah akhbar, baru-baru ini.
Iqram mengakui hal tersebut namun berharap masyarakat tidak membuat andaian negatif terhadap dirinya kerana dia tidak melakukan sebarang perkara tidak senonoh sepanjang berada di kelab malam tersebut.
“Ya, memang betul saya mengaku ada pergi ke kelab malam di Langkawi. Dengan memakai serban seperti mana yang diperkatakan oleh kolum itu, ia memang saya.
“Sepanjang saya berada di tempat itu, saya tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang.
“Bukan datang untuk berseronok sangat pun. Saya hanya ingin melihat suasana dan salahkah saya nak rapatkan hubungan dengan sesama manusia? Selagi perkara itu tak melanggar akidah saya sendiri, ia tidak menjadi satu kesalahan besar pun.
“Saya sebenarnya pelik, kenapa ada pihak nak pertikaikan saya pergi kelab malam? Ramai lagi orang yang kita pergi ke sana untuk minum minuman keras tetapi tak ada yang ambil perhatian pun. Sebaliknya cerita saya pakai serban pula yang dijaja sampai ke Kuala Lumpur,” katanya.
Iqram yang dilihat semakin memperlahankan aktiviti seninya, kini sedang sibuk menguruskan perniagaan makanan, Dr. Chiqqy yang beroperasi di Langkawi.
SUMBER – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qv0kbU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment