Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mesin ATM Pertama Disaluti Emas Di London - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mesin ATM Pertama Disaluti Emas Di London

SEBUAH mesin juruwang automatik (ATM) yang sudah 50 tahun berkhidmat diberikan penghargaan dengan disaluti emas oleh sebuah bank di London.

Selain disaluti emas, permaidani merah turut dipasang pada mesin di Enfield itu.

Sekeping gambar hitam putih Varney ketia menggunakan mesin itu buat kali pertamanya turut dipasang diatasnya selain plak emas peringatan ditampal pada dinding bank.

 Mesin ATM Pertama Disaluti Emas Di London

Reuters melaporkan, perkhidmatan ATM pertama itu dilancarkan oleh Barclays di cawangannya di Enfield di utara London pada 27 Jun 1967.

Barclays berkata, penciptaan ATM adalah satu peristiwa bersejarah yang mengubah cara manusia di dunia berfikir dan menggunakan wang tunai.

Idea untuk mencipta mesin wang tunai diilhamkan oleh John Shepherd-Barron yang diarahkan pihak bank untuk menghasilkan enam alat untuk mengeluarkan wang tunai.

Penciptaan ATM itu berdasarkan mesin layan diri dan membolehkan pelanggan mengeluarkan wang simpanan mereka di luar waktu operasi bank.

Individu pertama yang menggunakan ATM itu adalah pelakon komedi Britain, Reg Varney yang popular dengan rancangan ‘On The Buses’ bagi menunjukkan betapa mudahkan untuk menggunakan perkhidmatan itu.

Sehingga kini, dianggarkan ada lebih tiga juta mesin ATM di seluruh dunia.

Perkhidmatan mesin ATM turut disediakan di pangkalan penyelidikan Stesen McMurdo di Antartika, manakala yang tertinggi terletak di Genting Khunjerab, Pakistan berhampiran sempadan China, iaitu setinggi 4,693 meter. -MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tjbuFv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.