Hi! Welcome Back and Stay Tune! PATA Travel Mart Bantu Pembangunan Langkawi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PATA Travel Mart Bantu Pembangunan Langkawi

LANGKAWI – Hampir setahun menjadi anggota Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diberi penghormatan untuk menjadi hos PATA Travel Mart 2018, sebuah pameran dan persidangan pelancongan terunggul di rantau Asia Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Azizan Noordin berkata acara itu merupakan pendorong yang akan membawa Langkawi ke peringkat pembangunan pelancongan yang seterusnya.

“Oleh kerana kita perlu membawa Langkawi ke peringkat seterusnya, kami telah bekerjasama dengan Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk membida acara itu, “katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata acara itu dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermua 12 Sept 2018 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), lokasi acara dwitahunan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA).

“Kami menjangkakan kira-kira 3,000 pengunjung akan datang pada pameran itu nanti, termasuk pempamer, pembeli, wakil media dan kerajaan serta Sekretariat PATA,” katanya.

Azizan berkata beberapa siri forum turut akan diadakan sepanjang acara  berlangsung, menampilkan penceramah dari seluruh dunia termasuk Malaysia yang akan mewakili Langkawi sebagai destinasi geopark, serta tarikan pelancongan lain dalam negara.

Beliau berkata sebagai persediaan awal, LADA akan menghantar delegasi ke PATA Travel Mart 2017 di Macau dari 13 hingga 15 Sept ini.

“Dari Langkawi sendiri, sebanyak 10 syarikat persendirian akan turut menyertai acara itu di Macau dengan perbelanjaan sendiri, tetapi kami akan menyediakan platform untuk mereka melaksanakan promosi di sana,” katanya.

LADA turut merancang untuk menganjurkan persidangan PATA Antara Negara ASEAN, yang dijadualkan pada akhir Julai ini, yang mana akan melibatkan 60 delegasi negara ASEAN bagi membina rangkaian yang lebih baik menjelang PATA Travel Mart 2018.

“Saya melihat mereka yang pernah menjadi hos bagi acara PATA menikmati liputan yang baik (publisiti dan promosi) di peringkat antarabangsa, serta mendapat sokongan dalam membina produk baharu dan sokongan kewangan dalam projek pelancongan tertentu,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8dBs7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.