Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ummi Nazeera Sudah Mula Edar Kad Kahwin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ummi Nazeera Sudah Mula Edar Kad Kahwin

HARI bahagia pelakon Ummi Nazeera nampaknya bakal berlangsung dalam masa terdekat ini apabila dia sudah mula mengedarkan kad majlisnya itu, seperti yang dimuat naik di dalam Instagram beberapa hari lalu.

Kad undangan itu juga menjadi perhatian peminat yang memuji reka bentuknya yang eksklusif iaitu warna putih dan hitam, selain edisi berwarna emas serta corak bunga mawar dari rona sama.

BACA: Ummi Nazeera Bernikah Selepas Aidilfitri

Apa yang lebih unik, kad itu turut memaparkan gambarnya bersama bakal suami yang diambil ketika majlis pertunangan mereka pada tahun lalu.

Para peminat turut sama gembira dan mendoakan kebahagiaan Ummi dengan bakal suaminya, Dr. Mohd Izzar Anwari, selain berharap majlisnya berjalan dengan lancar.

Ummi dan Mohd Izzar bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 3 Ogos depan dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.Manakala kenduri disebelah pihak pengantin perempuan akan diadakan dua kali iaitu pada 5 Ogos dan 12 Ogos 2017.

Pada 11 Disember 2016, Ummi mengejutkan peminat apabila melangsungkan pertunangan dengan Dr Mohd Izzar pada sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya.

Pasangan itu diperkenalkan oleh ibu pemuda itu pada 29 Januari 2016 dan mengakui tertarik dengan jejaka berusia 30 tahun itu kerana dia berani menerima pelawaan untuk datang ke rumah dan bertemu ibunya, Datuk Seri Maziah Musa.-MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2trdvzs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.