Hi! Welcome Back and Stay Tune! 30 Ditahan, 115 Mesin Simulator Judi Dirampas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

30 Ditahan, 115 Mesin Simulator Judi Dirampas

IPOH – Polis menahan 30 orang dan merampas 115 mesin simulator bernilai RM200,000 dalam operasi ‘Op Dadu Mesin Perjudian’ di Persiaran Komersil Waterfront, Lintang, dekat Sungai Siput, kira-kira 40km, dari sini, malam tadi.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak,  DSP V. Annadurai  berkata dalam serbuan yang dilakukan pegawai dan anggota D7 itu, kesemua yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 60 tahun.

Beliau berkata daripada jumlah yang ditahan, 11 merupakan penjaga premis iaitu lapan lelaki dan tiga wanita manakala 19 adalah pelanggan lelaki.

“Dalam serbuan pukul 7 malam itu, kita turut merampas sebuah televisyen, satu modem kamera litar tertutup (CCTV) dan 25 cip tambah nilai, tujuh telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM14, 670,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 bagi setiap mesin yang dirampas dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u3oHjT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.