Hi! Welcome Back and Stay Tune! 9 Cecair Paling Mahal Di Dunia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

9 Cecair Paling Mahal Di Dunia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

9 Cecair Paling Mahal Di Dunia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Apabila menyebut perkataan "mahal", ramai orang akan ingat objek-objek pepejal seperti emas atau berlian. Namun, terdapat benda lain yang jauh lebih mahal daripada perak atau emas dan bahan tersebut bukan pepejal pun, sebaliknya adalah cecair.

Apakah cecair-cecair yang paling mahal di dunia? Menerusi ScienceNazi, kami kongsikan kepada anda 9 cecair yang paling mahal di dunia.

1. Racun Kala Jengking

Cecair yang paling mahal di dunia adalah racun kala jengking. Kosnya adalah sebanyak $ 10,302,700 seliter. Protein yang terdapat di dalam bisa kala jengking digunakan untuk rawatan penyakit usus, arthritis rheumatoid dan sklerosis.

2. Bisa Ular Tedung

Selepas bisa kala jengking, cecair kedua termahal ialah bisa ular tedung. Bisa tedung adalah racun yang paling merbahaya di dunia dan ia boleh membunuh seekor gajah dewasa.

Walaupun bahaya, orang tetap mengekstrak racun ini kerana ia mengandungi sejenis protein yang unik di panggil Ohanin. Ohanin di gunakan sebagai ubat penahan sakit / painkiller malah ianya 20 kali lebih kuat daripada morfin. Penggunaan Ohanin pula tak akan memberi kesan sampingan kepada penggunanya. Kos seliter bersamaan juga $ 40,400.

3. Lysergic Acid Diethylamide (LSD)

Bahan seterusnya ialah Lysergic acid diethylamide (LSD) iaitu sejenis dadah yang boleh menyebabkan manusia khayal. Setiap dos mengandungi 40-500 mikrogram atau 1/10 daripada saiz sebutir pasir. Walaupun di gunakan dalam jumlah yang sangat kecil, ia dah cukup untuk bawak manusia berkhayal ke dimensi lain seperti dalam cerita Alice in wonderland. Seliter kosnya bersamaan $ 32,500.

4. Darah Belangkas

Cecair seterusnya ialah darah belangkas. Darah belangkas tak mengandungi hemoglobin, tetapi mengandungi hemocyanin. Di sebabkan hemocyanin lah darah belangkas berwarna biru dan bukan berwarna merah seperti manusia. Darah belangkas digunakan untuk mengesan bakteria endotoxin dalam perubatan. Kos seliter adalah sebanyak $ 15,850.

5. Chanel No. 5

Cecair seterusnya ialah sejenis pewangi bernama Chanel No. 5. Chanel No. 5 adalah jenama pewangi paling mahal di dunia. Ia pertama kali di hasilkan pada tahun 1922, hasil kerjasama antara ahli kimia bernama Ernest Beaux dan Coco Chanel. Kos seliter adalah $ 6,900.

6. Insulin

Cecair seterusnya ialah Insulin. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ manusia bernama pancreas. Insulin sangat penting dan pelbagai penyakit boleh berlaku jika kandungan insulin dalam badan sangat rendah. Antaranya seperti diabetes, insulinoma dan lain-lain. Jika badan mengandungi insulin yang rendah, insulin akan diberikan melalui suntikan biosynthetic insulin. Yang pastinya kos suntikan tersebut tak murah. Kosnya bersamaan $ 3,900 - $ 26,400 seliter.

7. Merkuri

Seterusnya ialah merkuri. Kita boleh tengok merkuri dengan mudah. Tahu dimana? Jawapannya pada termometer! Di sebabkan ia sangat mudah di dapati nampaknya macam tak mahal kan? Tapi sebenarnya kos untuk mendapatkan merkuri agak mahal. Ini kerana proses untuk mengeluarkan merkuri dari kerak Bumi melibatkan proses yang sangat sukar dan mahal. Kos = $ 900 seliter.

8. Gamma Hydroxybutyric Acid (GHB)

Bahan seterusnya ialah Gamma Hydroxybutyric Acid (GHB) ataupun di panggil juga 4-hydroxybutanoic acid. Ia paling biasa digunakan sebagai anestetik untuk menghilangkan rasa sakit semasa pembedahan. GHB juga boleh didapati dalam kuantiti yang kecil dalam bir, wain, daging lembu dan juga buah limau nipis hasil daripada penapaian/fermentation. GHB juga di gunakan dalam dadah. Di sebabkan warnanya yang jernih, ia kerap di gunakan oleh perogol untuk menghayalkan mangsanya. Bolehlah google, ‘Date Rape Drug’ untuk info lanjut atau tunggu kami ulas dalam siri status yang lain. Kosnya adalah $600 seliter.

9. Darah

Bahan seterusnya ialah darah. Tapi bukan ke kita derma darah secara percuma, kenapa dia mahal pula? Untuk pengetahuan, darah yang kita derma itu di panggil “whole blood”. Whole blood ini perlu di proses untuk memisahkannya kepada dua atau lebih komponen.

Biasanya komponen yang di pisahkan ialah sel-sel darah merah dan plasma. Proses inilah yang menyebabkan darah tadi jadi mahal dan kosnya seliter bersamaan $400.


Sumber 9 Cecair Paling Mahal Di Dunia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uLJPgt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.