Hi! Welcome Back and Stay Tune! 18 Sungai Di Sarawak Dikategori Separa Tercemar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

18 Sungai Di Sarawak Dikategori Separa Tercemar


KUCHING - Pihak Berkuasa Air Negeri Sarawak diminta meningkatkan kerjasama dengan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Negeri bagi mengambil tindakan penyelesaian terhadap 18 sungai yang menjadi sumber air mentah negeri yang dikategori sebagai separa tercemar.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 itu turut mengemukakan syor supaya pihak berkenaan mewartakan kawasan tadahan air yang telah dikenal pasti dengan segera bagi mengelak sebarang aktiviti dilarang, daripada dijalankan di kawasan tersebut.

“Pihak berkuasa Air Negeri hendaklah menjalankan penguatkuasaan terhadap aktiviti-aktiviti terlarang di kawasan-kawasan tadahan air yang telah diwartakan, dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan Jabatan Hutan Sarawak,” menurut laporan itu yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Menurut laporan itu berdasarkan Environment Quality Report oleh Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sarawak, kualiti air daripada 18 sungai dikategorikan sebagai separa tercemar dan memerlukan rawatan lanjut, manakala 58 kawasan tadahan air yang telah dikenal pasti masih belum diwartakan menyebabkan tindakan penguatkuasaan, pemantauan dan pemulihan tidak dapat dilaksanakan.

Setakat akhir tahun 2016, Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri telah mengenal pasti terdapat 90 kawasan tadahan air dan 105 Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh Sarawak, dengan keluasan 158,591 km persegi.

Aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan didapati tidak mencukupi bagi mengawasi aktiviti yang dilarang daripada dijalankan dalam lingkungan 8 km daripada muka sauk, kata laporan itu.

Menurut laporan itu, kapasiti LRA bagi bandar Limbang, Kuching, Samarahan serta Bintulu, didapati tidak mencukupi berbanding permintaan air pada masa kini, manakala kapasiti LRA Batu Kitang bagi kawasan Kuching serta sebahagian Bahagian Samarahan pula dijangka menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan air bersih pada tahun 2020.

Sementara itu, Jabatan Audit Negara yang menjalankan pengauditan Pengurusan Kewangan terhadap 27 Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri tahun lepas mendapati secara keseluruhannya, prestasi pengurusan kewangan adalah baik dengan purata markah 85.6 peratus.

Prestasi keseluruhan pengurusan kewangan untuk tahun 2016 bagi 13 Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri adalah cemerlang, manakala lapan mencapai tahap baik, empat Kementerian/Jabatan pada tahap memuaskan dan dua jabatan pada tahap kurang memuaskan. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tQJFl4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.