Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Pukul Anggota Polis di Nilai 3 Ketika Jual Beli Karpet: 8 Lelaki Pakistan Ditahan Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Pukul Anggota Polis di Nilai 3 Ketika Jual Beli Karpet: 8 Lelaki Pakistan Ditahan Polis


KUALA LUMPUR, 31 Julai: Lapan lelaki Pakistan yang dipercayai terlibat dalam kes pukul dua anggota polis di sebuah kedai karpet  di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Negeri Sembilan semalam sudah pun ditahan polis.

BH Online melaporkan, kejadian itu dipercayai berpunca dari salah faham ketika tawar menawar harga pembelian karpet antara keluarga anggota polis dan warga Pakistan yang juga pemilik kedai tersebut.

BH Online juga berkata mereka difahamkan warga Pakistan itu dipercayai memanggil beberapa rakan untuk mengepung kereta yang dinaiki anggota polis itu sebelum memukul mereka.

Polis berkata, siasatan masih lagi dijalankan bagi mendapatkan situasi sebenar sebelum mengenalpasti mereka yang bersalah.

"Siasatan kes ini dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang ada tanpa mengambil kira mereka yang terbabit adalah anggota polis atau orang awam, kita tidak akan berkompromi." kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

"Saya juga ingin mengingatkan kepada mana-mana warga asing yang berada di negara ini supaya menghormati undang-undang ditetapkan dan tidak mengambil tindakan sesuka hati," katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Semalam, mangsa yang juga anggota polis Bukit Aman dilaporkan pergi ke sebuah kedai karpet bersama keluarga untuk membeli karpet dan berlaku salah faham semasa mereka menjalankan urusan pembelian.

Sebaik mangsa meninggalkan kedai berkenaan, seorang lelaki warga Pakistan dipercayai pekerja kedai terbabit secara tiba-tiba menahan kereta dinaiki anggota polis terbabit sebelum kira-kira 10 lagi warga Pakistan datang dan berlaku pergelutan.

Pada masa ini siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber: BH Online



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2we2NKC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.