Hi! Welcome Back and Stay Tune! Murid Sekolah Rendah Berjaya Raih Pingat Emas Dalam Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) Di Korea Selatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Murid Sekolah Rendah Berjaya Raih Pingat Emas Dalam Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) Di Korea Selatan

        MUHAMMAD Danish Syafi Mohd Azdikirana, 12 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putra,            Kangar bersama guru pengiring menunjukkan ciptaan 'Solar Cat Feeder' yang menjadi juara
 di   Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) di Seoul, Korea, semalam. 

Seorang pelajar lelaki dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Kangar berjaya meraih pingat emas dalam Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) keenam di Seoul, Korea Selatan, semalam dengan alat ciptaannya yang dikenali sebagai 'Solar Cat Feeder'.

Alat Pemberi Makan Kucing Solar ciptaan Muhammad Danish Syafi Mohd Azdikirana, 12, itu menewaskan wakil dari 20 negara lain yang turut bertanding dalam kejohanan itu.

Muhammad Danish memberi kenyataan bahawa dia juga seorang pencinta haiwan oleh itu ciptaan terbabit adalah ilham dalam usaha memastikan kucing peliharaan sentiasa terjaga rapi.

"Hasil perkongsian idea bersama bapa, saya mencipta sebuah kotak makanan yang disambungkan kepada litar kawalan elektrik, alat pengimbas dan panel solar sebagai bekalan tenaganya.

"Alat ini mendapat tempat di hati juri kerana ia mampu menyelesaikan masalah utama pencinta kucing yang buntu memikirkan cara untuk memberi kucing mereka makan seharian sekiranya mereka tiada di rumah," lapor Berita Harian.

Jelas Muhammad Danish lagi, 'Solar Cat Feeder' tidak memerlukan jumlah tenaga manusia untuk mengendalikannya kerana alat itu hanya bergantung kepada sumber tenaga solar.

Melalui kejayaan yang dikecapinya, Muhammad Danish Syafi menaruh harapan agar ada pihak yang sudi menaja dana bagi tujuan pengkomersialan ciptaannya itu.

Sumber- Berita Harian



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hfFwFt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.