Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perbendaharaan Malaysia komited untuk bebas rasuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perbendaharaan Malaysia komited untuk bebas rasuah

PUTRAJAYA: Seramai 17 pegawai pengurusan tertinggi Perbendaharaan Malaysian telah berikrar untuk lebih bertanggungjawab dan menjauhkan diri dari sebarang pelakuan rasuah selama memegang jawatan masing-masing.

Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Kementerian Kewangan itu dilafaz dalam satu majlis Ikrar Bebas Rasuah, dan bacaan diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Dr. Mohd Isa Hussain.

Turut hadir bagi menyempurnakan majlis adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

"Saya harap dengan ini, semua peringkat pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan mengamalkan sikap bebas rasuah.

"Ini menjadi tanggungjawab setiap pegawai dan kakitangan bukan sahaja kepada Kementerian Kewangan tetapi semua sektor awam supaya telus dan berkhidmat secara integriti," kata Dr Mohd Irwan selepas menyempurnakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah di sini pada Isnin.

Majlis ini diadakan selaras dengan pengwujudannya oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai satu inisiatif untuk memberi penekanan kepada ikrar yang dibuat kepimpinan organisasi dan wargaya untuk lebih bertanggungjawab dan menjauhkan diri dari rasuah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hgOJxi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.