Despacito Versi Arab Sentuh Isu Mas Kahwin Mahal
JIKA lirik lagu Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Justin Bieber dikecam kerana mengandungi mesej-mesej berbaur lucah, Despacito versi Arab ini pula dipuji kerana menerapkan mesej yang lebih positif berbanding versi lagu yang asal.
Lagu Despacito versi Arab menyentuh mengenai isu mas kahwin yang terlalu mahal di kalangan wanita Arab.
Dalam video lagu tersebut, penyanyinya Oman Mohamed Al-Mungi menyanyikan lirik-lirik yang berkisarkan mengenai bapa teman wanitanya yang menuntut agar sesiapa yang ingin mengahwini anaknya, sang jejaka perlu terlebih dahulu memiliki rumah, kereta dan menyediakan busana perkahwinan wanita yang mahal serta mas kahwin yang lumayan.
Antara seni kata yang terkandung dalam lagu tersebut jika dialih bahasa ke bahasa Melayu, “Mengapa anda memberi syarat-syarat yang menyusahkan kami? Apakah anda lupa betapa murah mas kahwin pada zaman anda”?
Lagu tersebut bertujuan untuk mendorong golongan lebih tua supaya tidak memaksa anak-anak muda untuk berkahwin hanya disebabkan harta dan wang ringgit.
Sejak dimuat naik di laman Youtube bermula 25 Julai lalu, video ini telah menerima lebih daripada sejuta tontonan di laman perkongsian video popular itu. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wdqL8y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment