Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keupayaan Geely Pulihkan Volvo Tarik Minat Automotif Global - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keupayaan Geely Pulihkan Volvo Tarik Minat Automotif Global

KUALA LUMPUR – Keupayaan Zhejiang Geely Holding Group memulihkan serta mentransformasi Volvo Car Corporation Sweden (Volvo) kepada satu jenama hebat, ternyata menarik minat banyak pengeluar automotif global, termasuk Proton Holdings Bhd (Proton), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau turut menyifatkan Geely sebagai “sebuah syarikat yang menarik” kerana berupaya mengubah satu jenama yang sebelum ini suram dan hampir dilupakan ramai, kepada sesuatu yang bernilai.

“Suatu ketika dahulu, (permintaan) kereta Volvo sangat teruk. Apabila nampak Volvo sahaja, hilang minat kerana semua reka bentuknya yang lama.

“Malah, Volvo tidak pernah terlintas di fikiran generasi muda sehinggalah Geely membeli jenama itu. Saya sendiri tidak menyangka dengan (kelebihan) teknologi yang dimiliki Volvo pada hari ini,” katanya pada majlis dialog makan tengah hari bersama pengamal media di sini, hari ini.

Geely membeli Volvo daripada pengeluar kereta Amerika Syarikat, Ford Motor Company pada 2010 dengan harga US$1.8 bilion.

Menurut laporan, syarikat pengeluar kereta China itu mencatat jualan gabungan 1.3 juta kenderaan pada 2016 dengan jualan kereta Volvo mencecah angka tertinggi dalam sejarah iaitu 534,332 unit di peringkat global.

Jualan Geely Auto Group turut melebihi 50 peratus kepada 765,851 unit secara keseluruhannya yang melangkaui sasaran ditetapkan sebelum ini.

Bagi tempoh Januari-Mei tahun ini, Kumpulan itu menjual sebanyak 441,854 unit kenderaan iaitu peningkatan sebanyak 89 peratus berbanding tempoh sama pada 2016 dan setakat ini berjaya memenuhi 37 peratus daripada sasaran jualan sebanyak sejuta unit pada 2017.

Pada 24 Jun lepas, Kumpulan itu dan DRB-Hicom Bhd memeterai perjanjian yang melibatkan pengambilalihan 49.9 peratus pegangan ekuiti dalam pengeluar kereta nasional itu pada harga RM460.3 juta.

Mengulas lanjut, Johari berkata menerusi pakatan itu, Proton dapat meraih banyak manfaat termasuk akses kepada pasaran China yang luas serta peralihan teknologi automotif yang amat bernilai.

Jelasnya, aspek kecanggihan teknologi merupakan faktor teras untuk mana-mana pengeluar kereta kekal berjaya dan meneruskan kelangsungannya dalam persekitaran pasaran serba sengit dan sentiasa berubah.

“Teknologi adalah kuncinya. Semua orang boleh membuat reka bentuk, tetapi kita perlu mendapatkan platform serta teknologi yang tepat,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f0wX0m

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.