Hi! Welcome Back and Stay Tune! Risiko Polisi, Politik, Dan Terbaru Geopolitik Menghumban US Dolar Ke Paras Lebih Rendah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Risiko Polisi, Politik, Dan Terbaru Geopolitik Menghumban US Dolar Ke Paras Lebih Rendah

Laporan terbaru oleh pihak pentadbiran Amerika Syarikat menghumban US dolar ke paras terendah sekali lagi apabila ia dilihat sebagai risiko Geopolitik kepada Amerika.

US dolar ketika ini meneruskan kejatuhan apabila Trump menyatakan, “We will handle North Korea” yang bermaksud kita akan mengendalikan Korea Utara. Namun, pasaran masih menunggu maklumat lanjut apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Presiden Trump.

Harga emas bergerak ke bawah sedikit dalam sesi dagangan awal Isnin selepas mencapai paras tertinggi tujuh minggu lalu dengan pasaran sedang memberi tumpuan kepada data-data ekonomi yang dikeluarkan minggu ini khususnya laporan NFP (Non-Fram Payroll) pada Jumaat.

Di samping data pekerjaan Amerika Syarikat, pasaran juga akan memberi perhatian kepada data inflasi keutamaan The Fed yang akan dikeluarkan pada Selasa pukul 8.30 malam. Data-data ini juga mampu memberi kesan besar kepada pasaran walaupun ia dilabel sebagai data ‘medium impact’ di Forex Factory.

Ketika ini emas dalam pasaran spot (spot market) menunjukkan ia bergerak di sekitar $1268.23 setakat pukul 10.48 malam, naik dari paras terendah yang dicapai hari ini.

Emas merekod kenaikan 1.1% minggu lalu yang merupakan kenaikan ketiga minggu berturut-turut berikutan jangkaan kepada kenaikan kadar faedah The Fed semakin kabur dengan data inflasi yang lemah. Hal ini diburukkan lagi apabila risiko polisi di US masih mencemburui Trump ditambah dengan risiko politik siasatan yang mengaitkan kempen Trump dengan pihak Rusia.

Kelemahan US dolar biasanya memberi faedah kepada emas yang menyebabkan harga emas menjadi murah apabila nilai US dolar menyusut di samping faktor ‘safe haven’ emas itu sendiri apabila berlakunya risiko-risiko politik atau geopolitik.

Berikutan laporan ujian peluru berpandu Korea Utara pada Ahad, pasaran akan terus meneliti perkembangan isu ini di mana ketegangan berlaku apabila Amerika Syarikat menghantar dua pengebom di sekitar Semenanjung Korea.

Pyongyang mengatakan bahawa mereka telah membuktikan kebolehan senjata yang mampu menjangkau bumi Amerika Syarikat dan telah menyebabkan US bertindak balas dengan menghantar dua kapal pengebom.

The post Risiko Polisi, Politik, Dan Terbaru Geopolitik Menghumban US Dolar Ke Paras Lebih Rendah appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vfeUKd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.