Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aliff Aziz Mengaku Curang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aliff Aziz Mengaku Curang

Aliff Aziz Mengaku Curang

Aliff Aziz minta maaf pada isteri, keluarga dan peminat. (Pic: Mohamad Bakar)

Tanpa meletakkan kesalahan atau menuding jari kepada sesiapa, pelakon dan penyanyi kontroversi kelahiran Singapura, Aliff Aziz mengaku bersalah menyakitkan hati isterinya, Bella Astillah apabila keluar dengan wanita lain yang juga seorang pelakon bernama Afifah Nasir.

Aliff dan Afifah bergandingan buat pertama kali menerusi drama Izinkan Aku Mencintaimu. Insiden berkenaan "kantoi" buat kesekian kali, hingga berjaya dihidu Bella sendiri untuk datang ke sebuah premis hiburan di Cheras saat Aliff dan Afifah berdua duaan di situ Khamis minggu lalu.

Bintang tinggi lampai berusia 26 tahun itu turut meminta maaf kepada isteri, ahli keluarga dan peminat kerana kekhilafan yang dilakukannya itu.

Aliff dan Bella hadir ke sidang media.

Aliff yang ditemui Rojak Daily Kaw! di Crystal Hall, Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong petang tadi turut juga mengharapkan Afifah yang juga adik kepada Anzalna Nasir turut akan melakukan tindakan sama sepertinya.

"Saya dan dia tahu apa yang berlaku sebenarnya. Kalau berdolak dalik ia hanya akan merumitkan keadaan. Jangan tegakkan benang yang sudah basah.

"Jika saya boleh mengaku kekhilafan diri dan memohon maaf sekali gus berdepan dengan semua pihak termasuk keluarga dan rakan media, dia juga patut melakukan perkara sama andai berasakan dirinya bersalah.

"Kita sama sama buat silap dan kebenaran akan terserlah juga akhirnya," katanya yang ditemui pada sidang media dianjurkan tadi bagi menjelaskan hal sebenar terhadap kontroversi melandanya.

Aliff juga mengambil kesempatan pada sidang media diadakan untuk memperbetulkan dakwaan dan tuduhan sebelum ini yang mendakwa dia membelasah isterinya.

"Tak wujud istilah saya membelasah dan memukul isteri. Sebaliknya kami hanya bergelut dan berlaku kekasaran. Tak berlaku kejadian seperti yang disangka.

"Tak ada istilah saya memukul atau menendangnya seperti cerita yang bertebaran sebelum ini," kata Aliff yang berterima kasih kepada Bella kerana memberi peluang kedua.

Tindakan Aliff mengasari isterinya itu juga menyebabkan dia ditahan polis Khamis minggu lalu.

Ia ekoran tindakan Bella membuat aduan polis terhadap tindakan suaminya itu. Selepas dua malam ditahan di Balai Polis Dang Wangi, dia akhirnya dibebaskan dengan reman polis pada Sabtu lalu.

Malah Bella juga turut menarik aduannya pada hari sama Aliff dibebaskan.

Berterima kasih kerana Bella memberi peluang kedua.

"Berada dalam lokap itu merupakan pengalaman yang saya rasakan begitu panjang dan gelap.

"Saya banyak bercakap seorang diri dengan Tuhan supaya dapat memaafkan diri ini dan memberi peluang untuk saya membetulkan kesilapan," katanya.

Sementara itu, Bella juga sanggup memaafkan Aliff demi anak mereka, Mohamad Ayden Adrean yang dilahirkan 8 Julai lalu.

“Saya maafkan suami. demi anak kami. Selama ini kami tak pernah bergaduh hanya kerana wanita lain.

"Dia sendiri juga mengakui kesilapan. Berapa banyak dia tipu saya itu, urusan dia dengan Tuhan.

“Saya harap dia takkan mengulangi lagi kesilapan sama. Saya harap wanita itu juga tidak akan menganggu suami saya lagi," kata Bella.

Aliff dan Bella, 23 bergelar raja sehari pada September tahun lalu dan rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran anak sulung 8 Julai lalu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vaReXy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.