Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi Usia 15 Bulan Meninggal Dunia Selepas 3 Hari Tidak Sedarkan Diri Akibat Terjatuh Di Rumah Pengasuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi Usia 15 Bulan Meninggal Dunia Selepas 3 Hari Tidak Sedarkan Diri Akibat Terjatuh Di Rumah Pengasuh


Semalam, seorang bayi perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia setelah tiga hari dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar. 

Memetik laporan Harian Metro, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terjatuh di rumah pengasuhnya, di Padang Serai, Kulim Jumaat lalu.

Bayi perempuan yang dikenali Haifa Afrina Mohd. Nasri itu disahkan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) HSB kira-kira pukul 3.40 petang kelmarin. 

Menurut bapa mangsa, Mohd. Nasri Mohd. Yusof, dia menerima mesej daripada pengasuh yang juga jirannya menyatakan anak tunggalnya itu kelihatan pucat kira-kira pukul 4 petang Jumaat lalu. 

“Saya terus ke rumah pengasuh dan mendapati Haifa Afrina sudah tidak sedarkan diri dan segera membawanya ke Hospital Kulim."

Mohd. Nasri berkata demikian ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB sebentar tadi. 

Tambahnya pengasuh tersebut ada memaklumkan yang anaknya terjatuh, sehari sebelum kejadian namun anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda perubahan atau menangis kesakitan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ahmad Nasir Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Manakala pengasuh terbabit telah ditahan untuk membantu siasatan. Pihak polis masih lagi menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kejadian dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

“Siasatan awal kini dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tVPOAD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.