Akibat Tak Puas Main Dengan Suami, AKHIRNYA ISTERI Guna CARA TERSENDIRI.
SAYA isteri kedua dan sedang mengandung anak pertama.
Suami selalu memberikan nafkah batin setiap kali pulang ke rumah, namun masalahnya saya rasa tidak puas kerana suami terlalu cepat memuaskan dirinya. Saya tidak berkata apa-apa dan menganggap perbuatan itu biasa.
Bagaimanapun, suami sering merungut kerana selalu tidak puas bersama dengan isteri pertama yang banyak rungutan ketika mereka melakukan hubungan kelamin.
Saya berbincang dengan suami mengenai masalah itu, tetapi suami tidak boleh berbuat apa-apa kerana nafsunya memuncak setiap kali bersama. Sebab itu, saya sering melakukan 0nani untuk memuaskan diri sendiri.
Adakah berdosa perbuatan saya itu tanpa memberitahu suami kerana takut dimarahi?
SUZANA,
Perlis
MEMANDANGKAN manusia memang dijadikan Allah mempunyai nafsu dan kehendak diri, Islam mengajar supaya ia perlu dikawal sebaik mungkin.
Begitu juga dengan anda sebagai isteri yang terpaksa membahagi giliran, kadangkala nafsu tidak puas ketika bersama suami, tetapi memuncak ketika berseorangan.
Bagaimanapun, memilih melakukan 0nani tidak dianjurkan Islam kerana ia sekadar memuaskan nafsu saja.
Nafsu seks hendaklah dikawal dan jangan diikut-ikutkan sangat.
Puan hendaklah mencari pilihan lain yang lebih baik seperti memperbanyakkan berpuasa, berzikir, bersolat dan aktiviti lain yang dapat menghalang dorongan seksual itu.
Begitu juga berdoa kepada Allah supaya menyelamatkan diri daripada perkara haram seperti zina. Ini bagi mengendurkan dorongan seks.
Seterusnya hubungan seks dengan suami dapat dibaiki dan dinikmati secara betul. Ini kerana memenuhi tuntutan seks melalui pasangan adalah yang sebaiknya.
Manakala memilih cara yang lain tidak dapat memuaskan tuntutan seks akan melahirkan nafsu yang lebih kuat sehingga boleh mengarah kepada perbuatan haram seperti zina.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tUJBVb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment