Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sistem pentadbiran keluarga Islam jamin hak suami isteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sistem pentadbiran keluarga Islam jamin hak suami isteri

KANGAR: Umat Islam di Malaysia amat bertuah kerana pentadbiran dan pengurusan hal ehwal keluarga Islam yang baik dan sistematik menjamin hak pasangan berkahwin terpelihara, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, hak itu termasuk suami dan isteri dilindungi daripada sebarang bentuk kezaliman terhadap pasangan mereka.

"Hak ini selaras dengan ajaran Islam yang memberikan impak dan persepsi positif terhadap perkahwinan dalam Islam khasnya kesucian agama itu sendiri," titah baginda ketika merasmikan 'Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang-Orang Islam Negeri Perlis Tahun 2017' di sini, hari ini.

Menurut baginda kekuatan dan kecekapan pengurusan perkahwinan dapat memastikan isteri atau suami mendapat hak pembelaan sewajarnya apabila berlaku perceraian.

"Selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), beta amat sukacita kerana Perlis menjadikan undang-undang berlandaskan Islam sebagai paksi bagi memelihara institusi kekeluargaan dan memastikan setiap pihak mendapat hak serta keadilan sewajarnya.

"Beta berharap Penolong Pendaftar Perkahwinan Islam yang dilantik kali ini memberikan khidmat terbaik dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab supaya kemampanan institusi kekeluargaan Islam terus dihormati," tambah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin berharap Penolong Pendaftar Perkahwinan Islam turut membimbing pasangan baru berkahwin menjadi keluarga Islam yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Perlis Datuk Khairi Hassan, Ketua Pegawai eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis Dr Hazman Hassan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tkZaUg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.