Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hidang telur penyu, menteri saman akhbar RM10 juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hidang telur penyu, menteri saman akhbar RM10 juta

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaman RM10 juta penerbit akhbar Daily Express dan pengarangnya James Sarda.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, duduk semeja dengan tujuh lagi tetamu, termasuk wakil rakyat Sugut, Datuk James Ratib. — Foto ehsan Facebook

Akhbar itu menerbitkan tiga tulisan yang didakwa “fitnah” berhubung isu hidangan telur penyu di Sabah tahun lalu, lapor Utusan Online.

Selaku plaintif, menteri itu menamakan Sabah Publishing House Sdn Bhd dan Sarda selaku defenden.

Ismail Sabri, menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi di sini 30 Mac lalu.

Beliau menyatakan artikel “Minister and Sabah YB have yet to comply: Dept” bersama gambarnya, disiarkan akhbar itu pada 24 Januari, sebagai “niat jahat.”

Dua lagi artikel, “Beluran turtle eggs: Findings left to the AG” (3 September) dan “Explain ‘turtle egg’ confusion first, Lim tells Minister” (6 September).

Dakwanya, laporan itu “sengaja direka” bagi mencemarkan reputasi dan mempersenda kedudukannya sebagai menteri, ahli parlimen dan ahli politik.

Tuntutan ganti rugi RM10 juta itu melibatkan ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Hidang telur penyu, menteri saman akhbar RM10 juta

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2utoDcG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.