Hi! Welcome Back and Stay Tune! PBS Jawab Kenyataan Presiden Pakar Tenaga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PBS Jawab Kenyataan Presiden Pakar Tenaga

KOTA KINABALU – Naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Daniel Kinsik menasihatkan presiden Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PAKAR) Datuk Henrynus Amin supaya membetulkan faktanya sebelum bercakap mengenai isu sektor tenaga di negeri ini.

Beliau berkata kerajaan persekutuan tidak pernah berhenti dalam memperuntukkan geran bagi membangunkan sektor tenaga di Sabah dan bahawa RM2.3 bilion telah diperuntukkan untuk meningkatkan bekalan tenaga di negeri ini dan peruntukan itu telah diagihkan bagi membiayai projek-projek sedia ada.

Kinsik mengulas kenyataan Henrynu baru-baru ini yang mendakwa bahawa pengumuman pemangku presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk meningkatkan kualiti tenaga di Sabah cuma gimik pilihan raya.

Beliau berkata penjanaan tenaga di negeri ini telah bertambah baik dengan usaha dijalankan untuk mengurangkan lagi Indeks Durasi Gangguan Purata Sistem (SAIDI) daripada hampir 300 minit kepada separuh di bawah Pasukan Petugas Keberdayaharapan Bekalan – SAIDI 150 (TF150) menjelang tahun depan.

Kinsik menjelaskan bahawa Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tidak harus dipersalahkan atas kegagalan dua loji biomass di Sandakan berfungsi seperti dibangkitkan oleh Henrynus kerana projek tersebut adalah inisiatif sektor swasta.

“Ia tidak ada kaitan dengan kerajaan atau SESB. Pemilik loji biomass menghadapi masalah kewangan dalaman dan menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan biomass mentah,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tumOfT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.