Hi! Welcome Back and Stay Tune! ROMBAKAN PDRM UNTUK HADAPI PRU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ROMBAKAN PDRM UNTUK HADAPI PRU

Rombakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat sebagai persediaan pasukan keselamatan itu menghadapi pelbagai perkembangan utama dalam negara, termasuk pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata rombakan berkenaan bertujuan memperkemaskan PDRM.

“Arahan dikeluarkan semalam. PRDM sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Sukan SEA, PRU.

“Kalau diperhatikan rombakan atau pertukaran jawatan itu dibuat adalah ke arah itu – terutamanya untuk PRU nanti,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Pada 11 Jun lalu Khalid mengumumkan rombakan besar-besaran itu akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri.

Malaysiakini melaporkan rombakan berkenaan dibuat di peringkat atasan di semua bahagian Bukit Aman.

Menurut Khalid sekurang-kurangnya 20 anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah pun ditukarkan.

“Peringkat bawahan JSJN kita dah mula buat beberapa pertukaran jadi ada sedikit lagi pertukaran kita akan buat.

Pada 5 Julai lalu pula PDRM mengumumkan rombakan, pertukaran dan kenaikan pangkat anggotanya membabitkan 46 jawatan.

Ia akan mula berkuat kuasa 7 Ogos ini.

Khalid menjelaskan rombakan itu adalah perkara biasa dan juga dibuat ekoran ada pegawai yang bersara.

Untuk rekod temasya Sukan SEA akan berlangsung di Kuala Lumpur mulai 19 hingga 30 Ogos ini. PRU ke-14 pula dijangka akan diadakan tidak lama lagi walaupun kerajaan mempunyai mandat untuk terus mentadbir negara sehingga suku ketiga tahun depan.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tTRwBR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.