Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nak Tukar Tayar Kereta, Teliti Dahulu 3 Perkara Ini Untuk Elak Ditipu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nak Tukar Tayar Kereta, Teliti Dahulu 3 Perkara Ini Untuk Elak Ditipu

Kereta bagaikan satu keperluan untuk kemana-mana. Baik nak hantar anak sekolah, nak pergi kerja, nak ke pasar dan macam-macam lagi. Bila kereta bermasalah bagaikan ‘patah’ sebelah kaki.

Bila dah sampai masa, tayar kereta akan menjadi botak dan perlu ditukar yang lain. Hah, info nilah, para wanita khususnya kena tau. Jangan semuanya serahkan pada encik suami. Biar kita nampak ada ‘ilmu’ sikit depan tokey kedai tayar ni. Tak de lah kena senang-senang je kena tipu bulat-bulat.

Sebab kebiasaannya walaupun tak semua, tokey kedai tayar ni akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkan stok dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired), namun tetap jual pada harga baru. Jadi, kalau nak tukar tayar tu, berhati-hatilah supaya kita tak tertipu.

Informasi ini dikongsikan oleh saudara Wan Maleque menerusi akaun Facebook telah membuka mata kita semua untuk bersikap lebih prihatin setiap kali ingin menukar tayar.

Berikut ialah senarai kod yang patut kita tahu.

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan:

Contoh 205/65/R1594H

205 = Lebar 65 = Tinggi R = Radial 15 = Saiz / Rim 94 = Had Maksimum Bebanan V = Had Maksimum Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;

S = Maksimum Had Laju

180 km/jam

T = Maksimum Had Laju

190 km/jam

U = Maksimum Had Laju

200 km/jam

V = Maksimum Had Laju

240 km/jam

Z = Maksimum Had Laju

240 km/jam

W = Maksimum Had Laju

270 km/jam

Y = Maksimum Had Laju

300 km/jam

Sebab tu banyak berlaku kemalangan yang berpunca daripada kes tayar pecah kerana pemilik kenderaan tidak arif tentang kemampuan larian tayarnya dalam keadaaan cuaca di Malaysia.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatat Di Sisi Tayar

Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

3. Diskaun

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);

2015 = 20%

2014 = 40%

2013 = 60%

2012 = 80%

2011 ke bawah = PERCUMA

Semoga perkongsian ini membantu wanita-wanita agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar dan memberi manfaat kepada kita semua.

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2stuZHY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.