Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khairy Optimis Skuad Polo Ke Final KL 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khairy Optimis Skuad Polo Ke Final KL 2017

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melaungkan keyakinan terhadap kemampuan skuad polo kebangsaan untuk menepati sasaran layak ke final pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang dijadual berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.

Khairy yang akan turut beraksi buat pasukan negara dalam acara berkenaan berkata, persiapan pasukannya kini berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran ke final sekali gus berpeluang meraih pingat emas.

Katanya, beliau akan mengikuti sesi latihan bersama pasukannya yang kini sedang giat membuat persiapan di Pekan, Pahang sejurus Kejohanan Polo Terbuka Malaysia yang sedang berlangsung, berakhir pada Ahad depan.

“Saya yakin pasukan negara akan menepati sasaran masuk ke final dan akan berjuang untuk mendapatkan pingat emas buat negara.

“Sebahagian besar pemain sudah berada di sana (Pekan) untuk menjalani latihan pusat dan selepas berakhirnya kejohanan ini, saya akan meluangkan masa di sana (Pekan),” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan antara pasukannya, Jogo Polo menentang La Familia di Kelab Polo Diraja Selangor, hari ini.

Pada perlawanan itu, Khairy mempamerkan aksi mantap bagi membantu pasukannya mencatat kemenangan 5-3.

Jogo Polo turut menewaskan pasukan Putra Polo Club 8-6 pada aksi pembukaan Selasa lepas.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Khairy menyifatkan semangat berpasukan merupakan antara kunci utama kejayaan dan berharap ia dapat dikekalkan pada perlawanan ketiga Selasa depan apabila turun menentang Ranhill Putrajaya.

“Perlawanan hari ini sangat sengit tetapi kita sudah buktikan bahawa kemenangan ini hadir daripada permainan berpasukan. Jadi selepas ini kita akan menentang Ranhill Putrajaya dan sekiranya keputusan memihak kepada kita, kita akan ke final,” ujar beliau. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tQbEnB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.