Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Subra: Hanya 23 doktor perlu lulus bahasa Melayu SPM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Subra: Hanya 23 doktor perlu lulus bahasa Melayu SPM

PUTRAJAYA, 6 Julai ― Sebanyak 23 doktor yang tidak mempunyai kelulusan dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu menduduki ujian subjek berkenaan sehingga lulus, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

“Jika mereka gagal (November ini) mereka perlu terus menduduki (ujian kertas Bahasa Melayu SPM) sehingga mereka lulus,” katanya apabila ditanya jika kesemua doktor itu tidak lulus kertas BM pada SPM November ini ketika ditemui pemberita selepas merasmikan blok obstetrik dan neonatologi Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Semalam, mesyuarat jemaah menteri, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memutuskan untuk menarik balik kelonggaran syarat kelayakan lulus dengan kepujian subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM bagi lantikan kontrak pegawai perubatan gred UD41.

Timbalan perdana menteri ketika mengumumkan keputusan itu berkata hanya terdapat 23 doktor termasuk anak diplomat Malaysia yang mendapat pendidikan perubatan di luar negara diberi kelonggaran itu sebelum ini.

Kabinet semalam turut memutuskan supaya Akta Perubatan 1971 dipinda untuk mewajibkan perkhidmatan pegawai perubatan selama dua tahun selepas tamat latihan dan memasukkan syarat kelulusan Bahasa Melayu.

Dr Subramaniam berkata sementara menunggu pindaan Akta Perubatan 1971 dibentangkan di Parlimen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku agensi pekerjaan akan melaksanakan syarat lulus Bahasa Melayu dalam pengambilan kontrak pegawai perubatan gred UD41.

Beliau berkata isu itu dijangka selesai dalam masa setahun dan menjelang tempoh itu kesemua doktor yang dilantik dijangka memenuhi syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM.

“Ini kerana keputusan jemaah menteri semalam adalah jelas dan mereka yang tidak memiliki kelulusan kertas Bahasa Melayu peringkat SPM perlu melakukan tindakan yang sewajarnya.

“Jumlah golongan ini terlalu kecil berbanding jumlah keseluruhan doktor siswazah setiap tahun,” kataya.

 

Sumber :
– http://ift.tt/1aoZXzE



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uN29Dd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.