Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Insiden terpeluk dada bantu naikkan rating drama, terus hubungi Nelydia Senrose minta maaf lepas video tersebar” – Daler Yusof - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Insiden terpeluk dada bantu naikkan rating drama, terus hubungi Nelydia Senrose minta maaf lepas video tersebar” – Daler Yusof

PELAKON Daler Yusuf mengganggap penularan video dia tidak sengaja memeluk dada Nelydia Senrose  pada Sabtu lalu telah membantu menaikkan rating drama Encik Suami Mat Salleh Celup (ESMSC).

"Insiden terpeluk dada bantu naikkan rating drama, terus hubungi Nelydia Senrose minta maaf lepas video tersebar" - Daler Yusof

“Insiden terpeluk dada bantu naikkan rating drama, terus hubungi Nelydia Senrose minta maaf lepas video tersebar” – Daler Yusof

Namun Daler, 25, berkata drama lakonannya sudah menjadi trending sebelum video tersebut menjadi tumpuan di laman sosial.

“Ya, berkemungkinan video tersebut ada membantu juga menaikkan rating drama ESMSC. Tapi sebelum itu lagi, episod kedua pun sudah menjadi trending. 

“Cuma, kalau boleh selepas ini saya tidak mahu drama ini rating tinggi sebab kontroversi yang negatif,” kata Daler ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

 

Tambah Daler lagi, dia meluahkan rasa syukur lakonannya diterima penonton dan terharu dengan sokongan penonton.

“Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan peminat dan penonton. Biarpun drama ini baru sahaja ditayangkan pada Jumaat lalu, tapi ramai yang tak sabar nak menantikan episod seterusnya,” ujar Daler.

Daler dan Nelydia pertama kali digandingkan dalam drama. Foto Instagram: @daleryusuf. 

Dalam pada itu, dia ada menghubungi Nelydia dan memohon maaf kepada pelakon wanita tersebut sejurus video itu tersebar.

“Selepas video itu tersebar, saya terus hubungi Nelydia dan minta maaf padanya. Dia faham dengan situasi yang telah berlaku dan tidak salahkan saya kerana benda itu tidak sengaja,” jelasnya.

Menerusi laporan mStar Online, Sabtu lalu, Daler mengakui tidak sengaja memegang dada Nelydia dan telah memohon maaf kepada peminat yang tersinggung kerana kejadian itu.

Daler memulakan kerjaya sebagai model di usia 18 tahun dan mula melangkah ke dunia lakonan pada tahun lalu menerusi drama LipLap Raya di HyppTV.

Aktor ini mempunyai darah kacukan Uzbekistan di sebelah ayah manakalah ibunya berasal dari Kelantan.

Dia mula menjejak kaki di Malaysia pada usia 18 tahun dan ketika itu dia menyambung pelajarannya di Westminster International College, Subang.

Daler bermula sebagai seorang model dan mula berlakon pada tahun lalu. 

Berikut info mengenai Daler Yusuf: 

Nama penuh: Daler Yusuf Muhammad

Tempat lahir: Uzbekistan

Tarikh lahir: 31 Disember 1992

Umur: 25 tahun

Tinggi: 180 sentimeter

Perkara yang peminat tidak tahu tentang Daler: Seorang yang kelam kabut

Instagram: @daleryusuf

Via: Mstar



Sumber “Insiden terpeluk dada bantu naikkan rating drama, terus hubungi Nelydia Senrose minta maaf lepas video tersebar” – Daler Yusof

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uNUO6c

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.