Hi! Welcome Back and Stay Tune! Luahan bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee paling menyentuh perasaan… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Luahan bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee paling menyentuh perasaan…

Pada: Khamis, 6 Julai 2017
Ally Iskandar, Artis Janda, Pengacara TV, Perceraian Artis, Personaliti TV,

Perkahwinan Farah Lee dan Ally Iskandar yang sudah bercerai pada 17 Ogos 2016 lalu membuatkan ramai yang terkejut. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Maream Esabel.

Terbaru, Farah Lee telah menulis panjang lebar meluahkan isi hatinya melalui laman sosial miliknya

Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot ? Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk bercerai, berfikir lagi.
.
Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream.
.
Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan ? Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat ? Tapi ia janji dengan Allah yang perlu aku tunaikan.
.
Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan.
.
Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involve keluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu.
.
Since relationship takes two to tango, kalau pihak satu lagi bagi kerjasama, usaha di atas mungkin berjaya. Kalau tak, menjanda lah kita ? Tapi at least kita tahu kita dah berusaha, no regrets. Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur.
.
Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak didunia, di Syurga pasti.
.

Tag : , , , ,

The post Luahan bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee paling menyentuh perasaan… appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tUkNfW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.