Hi! Welcome Back and Stay Tune! Denda Jika Gagal Tuntut MyKad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Denda Jika Gagal Tuntut MyKad



GEORGE TOWN: Jabatan Pendaftaraan Negara (JPN) bercadang mengenakan denda kepada orang ramai yang gagal menuntut MyKad yang siap diproses dalam tempoh ditetapkan berikutan terdapat ramai yang tidak mengambil berat tentang perkara itu.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Mohd Yazid Ramli berkata pihaknya juga bercadang memendekkan tempoh sah guna dokumen Mykad sementara kepada kurang 30 hari berbanding tiga bulan sebelum ini bagi melicinkan pelbagai urusan rakyat.

Bagaimanapun, kedua-dua cadangan itu masih di peringkat perbincangan dan pihaknya akan melaksanakannya selepas mendapat keputusan berhubung cadangan tersebut, katanya.

"Cadangan itu bagi memastikan pemohon tidak lambat menuntut Mykad mereka sehingga ada yang menggunakan dokumen pengenalan sementara walaupun sudah tamat tempoh.

"Pemohon yang gagal menuntut Mykad yang sudah siap akan dikenakan denda kerana disifatkan gagal mempunyai pengenalan diri yang sah dan menyukarkan pelbagai urusan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Projek Hab Percetakan Teragih MyKad (DPP) JPN Pulau Pinang di sini, Khamis.

Mengenai projek Hab DPP, Mohd Yazid berkata ia memberikan penjimatan kos kepada pembangunan sistem, tenaga kerja dan perkhidmatan Pos Laju kepada JPN negeri ini.

“Pelaksanaan projek ini turut memberi faedah secara berterusan kepada rakyat dan perkhidmatan awam berikutan manfaat penjimatan masa yang diperoleh rakyat, mempermudahkan urusan rasmi yang memerlukan pengesahan maklumat diri melalui MyKad,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini tempoh proses Mykad mengambil masa sehingga 10 hari, namun dengan projek ini tempoh itu dipendekkan kepada lima hari.

Katanya MyKad pada masa ini dilengkapi lebih 10 ciri keselamatan dan ia tidak boleh diklon oleh sindiket yang menghasilkan kad pengenalan palsu. -- Bernama




✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tPOQnV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.