"Saya Percaya Allah Belum Lagi Beri Rezeki Untuk Saya Menimang Cahaya Mata..." Ini Luahan Hati Alyah
"Saya Percaya Allah Belum Lagi Beri Rezeki Untuk Saya Menimang Cahaya Mata..." Ini Luahan Hati Alyah
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sesal Separuh Nyawa, Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 36 sememangnya seorang yang mudah didekati. Walaupun sudah 17 tahun bergelumang dalam dunia seni namun Alyah tidak pernah meninggi diri.
Jurang perbezaan umur antara Alyah dan Datuk Ramli cukup berbeza ditanya bagaimanakah menyesuaikan diri dengan suaminya yang tersayang, Alyah tenang mengatur jawapan.
“Pada permulaannya saya yang banyak menggerakkan perhubungan ini. Saya berusaha dan banyak belajar tentang diri Datuk. Malah saya belajar menjadi seorang yang lebih baik. Sebelum ini saya agak tidak sabar dan memang penat nak memahami dirinya. Tapi alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya saya memahami diri sebenar suami.
“Bagi mengekalkan keharmonian dalam berkeluarga saya banyak berdoa dan memahami antara satu sama lain. Malah saya juga kena akur berkahwin dengan orang yang popular. Walaupun kami sama-sama dikenali ramai namun memang banyak dugaan yang kami lalui. Cuma saya sangat memahami kerjaya Datuk yang sememangnya sangat sibuk.”
Penulis juga sempat bertanya kepada Alyah bagaimana dengan hubungannya dengan anak tiri.
“Hubungan kami sangat baik. Memang susah nak jumpa mereka kerana masing-masing sibuk. Malah Datuk sendiri pun jarang berjumpa dengan anak-anaknya. Bila ada masa terluang barulah mereka akan bertemu,” ungkap Alyah.
Tak pernah jemu berusaha mengandung
Walaupun sudah mendirikan rumah tangga selama empat tahun namun Alyah tidak pernah kenal erti mengalah. Dia sentiasa cuba untuk mengandung namun hingga kini rezeki masih belum memihak kepada dirinya untuk memiliki anak kandung.
“Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mengandung. Cuma saya percaya Allah belum lagi beri rezeki untuk saya menimang cahaya mata. Insya-Allah jika ada rezeki, Allah akan bagi cuma tak tahu bila masanya jadi saya sentiasa berdoa dan berusaha.
“Saya dan suami sudah melakukan rawatan dan buat pemeriksaan, kami berdua tidak ada masalah kesuburan. Jadi kami sentiasa berusaha untuk mendapatkan zuriat. Malah saya sentiasa motivasikan diri dengan mendengar pelbagai ceramah agama,” ulas Alyah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tkH1WU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment