Syarikat Kereta Terbang Terrafugia Diambil Alih oleh Geely
Kereta terbang masih lagi belum boleh dilihat digunakan secara meluas di angkasa raya. Idea kereta terbang sudah diidamkan manusia sejak puluhan tahun tetapi menjadi realiti pada tahun 2009 dengan Terrafugia Transition. Kereta yang mempunyai sayap boleh lipat ini sepatutnya memulakan produksi pada tahun 2011 tetapi sehingga kini tidak ada satu kereta terbang beroperasi secara umum.
Sungguhpun begitu menurut laporan South China Morning Post, Terrafugia telah diambil alih oleh Geely yang merupakan gergasi automotif di China. Terrafugia pula sedang membangunkan TF-X yang mampu membawa empat penumpang dengan kemampuan swaterbang. Dengan pembelian ini, Terrafugia kini di bawah payung Geely bersama jenama gergasi iaitu Volvo dan Proton.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tk15Zz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment