Guru viral ulang-alik ke sekolah guna motosikal 135km sehari untuk ajar anak-anak orang Asli dapat derma RM12,000 melalui Internet
Masih ingat kisah seorang guru di Pahang yang terpaksa berulang alik ke sekolah menunggang motosikal sejauh 135 kilometer setiap hari untuk mengajar anak-anak orang Asli?
Menular di media sosial, sejumlah RM12,000 dikumpul dalam sebulan hasil dana orang ramai kepada Ahmad Saidin Mohd Idris untuk membeli motosikal baru.
“Kami bertuah semuanya berjalan lancar,” kata Hazim Nordin yang menggerakkan kempen dana secara online ketika dihubungi Malay Mail Online.
Ahmad Saidin, 40, sebelum ini berulang-alik dari Kuala Medang, Lipis di Pahang, melalui jalan berlumpur dan berbukit demi mendidik anak-anak Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Lenjang.
Mendapat perhatian warga internet, orang ramai mula menderma supaya beliau dapat membeli motosikal “Scrambler” bagi memudahkan perjalanannya.
Sumber: Malay Mail
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2utlB8D
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment