Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelaburan China Tidak Semestinya Menguntungkan Malaysia – Citi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelaburan China Tidak Semestinya Menguntungkan Malaysia – Citi

China ketika ini mengembangkan pengaruhnya ke Asia Tenggara dengan Malaysia sebagai pilihan utama negara ekonomi kedua terbesar dunia tersebut. Malaysia dijangka menerima pelaburan sehingga RM400 billion terutamanya dalam projek pelabuhan dan rel keretapi seperti yang ditunjukkan oleh penyelidik di Citi Bank pada Selasa.

Tetapi persoalannya sekarang adalah kapasiti untuk mendapat keuntungan secara efektif dan pembiayaan kepada projek-projek tersebut yang mampu memberi kesan signifkan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan ringgit, memetik dari laporan Citi.

“Keseluruhannya, pelaburan langsung asing (FDI) dari China mungkin kurang menyatakan penglibatan China dalam ekonomi Malaysia, tetapi lebih kepada menjelaskan impak mereka kepada pertumbuhan (GDP) dan permintaan ringgit,” kata penganalisis Wei Zheng Kit.

Kit mempersoalkan lebihan kapasiti pelabuhan di Malaysia yang menunjukkan minat China terhadap projek tersebut yang lebih kepada kepentingan geopolitik lebih daripada keuntungan. Tambah Kit, pelabuhan di barat semenanjung akan memudahkan akses China ke Selat Melaka.

Tambahan lagi, pembiayaan projek tersebut melalui pinjaman dari bank di China akan meningkatkan liabiliti kerajaan Malaysia. Dalam masa yang sama kontrak pembinaan yang diberikan kepada firma China adalah satu bentuk import perkhidmatan yang akan ditolak dari keseluruhan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Ketika ini Malaysia perlu berhati-hati, sehinggalah penglibatan China dalam pengembangan infrastruktur di Malaysia adalah lebih jelas.

Pertumbuhan pada suku pertama lebih baik dari jangkaan disokong oleh peningkatan eksport.

Citi Bank juga menjangkakan PM Najib Razak akan mengumumkan pilihanraya lebih awal pada Ogos atau September tahun ini dalam usaha mengekang perbelanjaan untuk mengekalkan defisit di paras 2 hingga 2.5 peratus daripada KDNK antara 2017 hingga 2019.

Menjelang pilihanraya, Malaysia biasanya meningkatkan perbelanjaan fiskal bagi projek-projek infrastruktur dalam usaha mendapatkan sokongan daripada rakyat.

“Walaubagaimanapun, kami masih melihat risiko penangguhan pilihanraya sehingga pertengahan 2018.”

The post Pelaburan China Tidak Semestinya Menguntungkan Malaysia – Citi appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tsSthJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.